Personal Collection Mengajar Pengedar Menjadi PROSUMER



Salam hormat kepada anda kerana sudi singgah laman web ini.


Acapkali kita dengar dan terbaca keluhan orang awam tentang isu kenaikan barang harian yang semakin lama semakin mahal. Bila saya renung kembali masalah ini seperti tiada solusi untuk keluar dari masalah kenaikan harga barang.


Dalam keadaan kita mengeluh pun kita tetap juga perlu berbelanja. Mungkin apa yang dibelanjakan hasil dari bantuan badan NGO tertentu atau individu-individu tertentu. Namun pokok pangkalnya kita tetap terus berbelanja.


Pernahkah kita terfikir apakah setiap perbelanjaan pengguna akhir ataupun end user seperti kita semua tidak layak mendapat manfaat bagi setiap yang kita belanjakan.


Cuba sama-sama kira anggaran perbelanjaan isi rumah hanya untuk barangan penggunaan didapur sahaja seperti home care, personal care, baby care dan lain-lain perbelanjaan memerlukan setiap bulan sebanyak RM70 sebulan. Kalau didarab dengan 12 bulan, kita perlu berbelanja sebanyak RM840 setahun.


Tanpa sedar jumlah perbelanjaan sebanyak RM840 setahun yang anda perlu belanjakan hanya khusus barangan keperluan harian sahaja akan HANGUS begitu sahaja.


Siapa yang untung ?


Apa lagi kalau bukan golongan Peruncit, Pemborong dan Pengilang bukan !


Bisnes Personal Collection Mengajar Pengedar Menjadi PROSUMER

Konsep PROSUMER iaitu gabungan perkataan daripada Producer dan Consumer. Jika selama ini hanya yang biasa kedengaran adalah Consumer sahaja...sekarang adalah masa untuk kita berubah menjadi Prosumer.


Konsep Prosumer ini hampir sama tetapi masih kurang tepat sebagai contoh previllage card, bonus point dan sebagainya. Setiap perbelanjaan sesuatu produk atau servis akan melayakkan anda memperolehi mata ganjaran ataupun point. Point yang diperolehi pula bergantung kepada harga runcit barang tertentu yang telah ditetapkan.


Hasil mata ganjaran terkumpul ini kelak akan melayakkan anda menebus barangan atau servis tertentu bergantung jumlah point yang dimiliki.


Sebagai contoh mudah Kad Mesra Petronas. Saya sering mendapatkan mata ganjaran terkumpul setiap kali mengisi minyak. Jumlah point yang terkumpul kelak, saya akan gunakan untuk mengisi minyak kembali tanpa perlu dikenakan bayaran apa-apa.


Walaupun cara mengumpul mata ganjaran memberi sedikit penjimatan kepada pengguna akhir ataupun end user seperti kita malah ia masih belum sampai tahap menjadi Prosumer.


Syarikat Personal Collection menawarkan peluang kepada setiap pengguna produk menjadi rakan kongsinya. Dengan hanya menukar kuasa membeli dari produk jenama X kepada jenama Personal Collection (PC) telah membuka peluang yang luas bagi anda yang ingin menjana pendapatan dalam masa yang sama menjadi pengguna setia produk.


Tawaran seperti ini julung kali diwarwarkan dan hanya mereka yang pantas membuat keputusan sahaja yang mampu maju ke hadapan.


Guna dan Kongsikan Manfaat -WIN WIN SITUATION

Syarikat Personal Collection hanya fokus kepada kualiti produk sahaja bersama team R&D yang ditugaskan untuk memperbaiki dan mengekalkan kualiti semua produk keluaran PC dan untuk kerja pemasaran pula diserahkan kepada pengedar berdaftar sebagai rakan kongsi syarikat PC iaitu diri anda.


Kualiti produk PC tidak boleh disangkal lagi dengan bukti pencapaian menerima anugerah kualiti produk yang mesra alam sekitar. 


Hanya dengan manfaatkan produk keluaran PC seterusnya berkongsi keunikan produk yang telah digunakan kepada kenalan, ahli keluarga, jiran tetangga dan sesiapa sahaja bergelar end user memberi peluang menjana pendapatan tambahan kepada anda.


Syarikat Personal Collection menawarkan tawaran win-win situation dengan pengedarnya bila mana setiap usaha anda dibayar dengan bayaran setimpal. Lagi kuat usaha anda kongsikan peluang bisnes ini kepada orang lain, lagi besar pendapatan yang bakal diperolehi.


Kesimpulan

Setiap perbelanjaan pada zaman ekonomi yang semakin menekan ini membuatkan orang awam tidak boleh berbelanja semewah dulu. Sikap berkira-kira setiap perbelanjaan perlulah diamalkan pada zaman kini. Rancang dan buatlah tindakan terbaik untuk mengubah nasib dimasa hadapan.


Ubah minda kita daripada menjadi pengguna biasa kepada menjadi pengguna bijak dengan berbelanja pada tempat yang betul. Jangan biarkan kapitalis menekan pengguna awam tanpa belas kasihan dan menjadi hidup masyarakat awam semakin hari semakin tertekan.


Peluang seperti yang ditawarkan oleh Syarikat Personal Collection berpotensi membantu mengekang masalah ekonomi rumah tangga dan kos sara hidup yang semakin meningkat kini. Anda cepat-cepat ambil peluang yang ada didepan mata anda ini dengan mengubah kuasa belian pada jalan yang betul.


Akhir kalam dari saya JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA.


Sekian. Terima kasih. Jumpa lagi pada perkongsian seterusnya.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *